5-7 Oktober 2016-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i Siri 1/2016 di Dewan Jamuan Aras 1,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pada bengkel Siri 1 adalah lebih kepada Pembentangan Pelaksanaan 5 Universiti Rintis daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bacelor Sains Pengurusan Perladangan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan.