25-26 Januari 2017-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i Siri 3 dengan memulakan tahun baharu 2017. Bengkel selama dua (2) hari ini memberi penekanan kepada penghasilan deraf Garis Panduan 2u2i. Bengkel yang turut melibatkan pihak industri dan agensi luar banyak memberi input bagi penilaian semasa di Universiti dan Industri.