22-23 November 2017-Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i telah diadakan di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang melibatkan wakil akademia universiti awam-swasta, wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan juga Bahagian-bahagin di JPT. Bengkel selama dua (2) hari ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai ciri-ciri 2u2i dan juga kandungan bagi pembangunan Garis Panduan 2u2i.