6-7 April 2017-Bengkel Pemurnian Pembangunan Garis Panduan 2u2i (GP 2u2i) telah diadakan di Hotel UiTM, Shah Alam. Bengkel selama 2 hari dihadiri oleh Ketua Chapter untuk menambah baik GP 2u2i serta persediaan bagi stakeholder engagement yang dijadualkan Mei 2017.  Berdasarkan semakan setiap bab beberapa penambahbaikan telah dibuat:

  1. Pengenalan konsep mod pengajian 2u2i/ Definisi Industri/ Hasil Pembelajaran khusus/ Atribut/ Faedah kepada IPT/ pihak industri/ pelajar;
  2. Reka bentuk kurikulum melalui peruntukan jam kredit komponen industri & mod pengajian 2u2i serta struktur mod pengajian 2u2i: (tempoh pengajian 4 tahun, tempoh pengajian 3 tahun dan 2 setengah tahun);
  3. Kaedah Penyampaian kurikukum di IPT melalui kuliah, amali, makmal/studio. Manakala di industri dilaksanakan secara berstruktur melalui alat bantu mengajar , bahan bantu mengajar, pelan aktiviti modul, modul pengajaran;
  4. Pentaksiran berfokus kepada formatif dan sumatif; dan
  5. Pengurusan Program
  6. Pemantauan Program bagi keperluan jaminan kualiti.