21 Februari 2017-Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan firma Salihin Chartered Accoun­tant bagi menggerakkan program 2u2i untuk pengajian Sarjana Muda Perakaunan (SMP) yang bakal memberi nilai tambah kepada para graduan berkenaan kelak. Melalui hubungan itu, ‘Firma Pengajaran Perakaunan’ (TAF) yang pertama seumpamanya di dunia, ditubuhkan dengan lima kursus diperkenalkan untuk menyokong dan memperkukuhkan program 2u2i, yang melibatkan penempatan graduan di TAF seawal tahun dua sepanjang tempoh pengajian