17 November 2016-Majlis Pelancaran Program 2u2i Penjenamaan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) & Forum CEO @ Faculty UTM bersama Industri telah diadakan di UTM Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh. Objektif utama ialah pembelajaran bersama dengan penglibatan pihak industri ini dapat memberikan peluang, pendedahan dan pengalaman bekerja kepada pelajar. Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan pelajar berwawasan, berwibawa, berkualiti dan seterusnya memperaktikkan nilai-nilai moral, etika, keusahawanan dan kemahiran insaniah.