20 Mac 2017-Majlis Perasmian Hari Terbuka Fakulti Pertanian dan Pelancaran Program Bacelor Sains Pengurusan (BSPP) 2u2i telah diadakan pada 20 Mac 2017 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh. Hari Terbuka Fakulti Pertanian diadakan bagi membolehkan orang awam dan pihak berkepentingan (stakeholders) melihat sendiri tentang program pengajian yang ditawarkan oleh fakulti dan teknologi baharu hasil penyelidikan staf fakulti Pertanian. UPM merupakan universiti terawal yang menawarkan program akademik secara 2u2i, melalui program Bacelor Sains Pengurusan Perladangan. Program ini dilaksanakan bersama dengan The Incorporated Society of Planters (ISP) di mana dalam majlis ini juga, UPM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan The Incorporated Society of Planters (ISP).