21 Disember 2016-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan 2u2i Bil 2/2016 di Dewan Jamuan Aras 15. Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil akademia, Industri, EPU, MIDA, wakil KPT, JPP serta JPT. Agenda utama pada mesyuarat tersebut adalah mengenai penetapan sasaran program 2u2i dan perancangan aktiviti bagi Inisiatif A1.1: Memantapkan Kurikulum di bawah Lonjakan 1: Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang.