13 April 2017-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik Inisiatif A1.1: Memantapkan Kurikulum (2u2i) di bawah Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang Bil 1/2017.  Antara agenda yang dibincangkan:

  1. Kajian semula penetapan sasaran inisiatif A1.1 bagi sasaran program akademik di UA/ IPTS/ JPP dan program pemantapan bagi 2u2i;
  2. Status pelaksanaan 2u2i sehingga Mac 2017;
  3. Status program Kolaborasi Industri; dan
  4. Way forward pemerkasaan pelaksanaan Inisiatif A1.1.