25 April 2017-Majlis Pelancaran Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (2u1i) Universiti Teknologi MARA dan Majlis Menandatangani Nota Kolaborasi Antara UiTM dengan rakan strategik industri telah diadakan bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Program 2u1i adalah program di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) serta Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM merupakan inisiatif untuk meningkatkan pembangunan modal insan para pelajar universiti melalui gabungan komponen latihan industri dengan pembelajaran akademik

 

Majlis telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan turut dihadiri Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Pada majlis sama, FKPM dan FiTA menandatangani memorandum persefahaman bersama 21 wakil industri bagi program 2u1i. UiTM adalah universiti pertama di negara ini yang melaksanakan program 2u1i, membabitkan 11 program pengajian, mulai September ini.

*Dikemaskini oleh Unit Sains dan Teknologi, Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, JPT sehingga 22 Julai 2017