29 Mei 2016-Lima (5) buah universiti awam dipilih bagi merintis program Dua Universiti+Dua Industri (2u2i) yang bakal menawarkan program pengajian pe­ringkat ijazah sarjana muda bermula pengambilan September ini. Lima universiti berkenaan ialah:
  1. Universiti Putra Malaysia (UPM);
  2. Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza);
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan
  5. Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, berkata langkah itu bagi membolehkan pelajar mengikuti program belajar sambil bekerja dan mereka dikehendaki menempuh pengajian selama dua (2) tahun di universiti dan dua (2) tahun menimba pengalaman dalam industri.