23 Februari 2017-Pembentangan Deraf Garis Panduan (GP) 2u2i kepada Pengurusan Tertinggi JPT oleh Jawatankuasa Pembangunan Garis Panduan 2u2i. Jawatankuasa Garis Panduan dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Hassan Ali, Timbalan Naib Canselor Akademik (TNCA) UUM dan dianggotai oleh wakil akademia universiti awam-swasta, Talentcorp, wakil industri dan agensi luar. Penglibatan peringkat KPT turut melibatkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),  Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar KPT, Bahagian Dasar JPP, Bahagian Dasar JPKK dan Bahagian di JPT (Bahagian Hubungan Industri, Bahagian Governan IPTA, Bahagian Governan IPTS dan Bahagian Pendaftaran dan Piawaian)