9 Mei 2017 (Selasa)-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Perbincangan Penyelarasan Program Akademik Mod Pengajian Secara 2u2i. Antara perkara yang telah dibincangkan merangkumi perkara berikut :

  1. Hasil daripada perkara yang telah dibangkitkan semasa sesi stakeholder engagement garis panduan mod pengajian 2u2i yang telah diadakan pada 2 Mei 2017; dan
  2. Mengenai proses kelulusan program mod pengajian 2u2i serta kaedah pemberian kod kepada mod pengajian 2u2i berbanding mod pengajian biasa.