19 Januari 2017-Program Together Gather telah diadakan di Menara Star, Petaling Jaya. Program anjuran Bahagian Hubungan Industri (BHI), JPT ini akan memfokus kepada topik-topik semasa yang berkaitan dengan Pendidikan Tinggi dan dimulakan dengan topik 2u2i. Program ini adalah wadah pertemuan pegawai-pegawai Pusat Pembangunan Kerjaya di UA dan IPTS bagi pendedahan dan pemahaman terhadap isu-isu yang dibincangkan.