22 Mei 2017 (Isnin)-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengadakan Sesi Stakeholder Engagement Garis Panduan Mod Pengajian 2u2i bersama-sama pihak industri dan pihak Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Kinrara Resort, Puchong. Sesi ini dihadiri oleh seramai 196 orang peserta adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dokumen Garis Panduan Mod Pengajian 2u2i yang sedang dibangunkan. Antara objektif program adalah seperti berikut:

  1. Mendapatkan maklum balas daripada pihak industri, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  2. Menambahbaik Garis Panduan Pelaksanaan 2u2i agar dapat digunapakai oleh semua pihak yang terlibat.