2 Mei 2017(Selasa)-Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA) telah mengadakan Sesi Stakeholder Engagement Garis Panduan Mod Pengajian 2u2i di Dewan Zaaba, KPT. Sesi yang dihadiri oleh seramai 80 orang pihak berkepentingan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dokumen Garis Panduan Mod Pengajian 2u2i yang sedang dibangunkan. Maklum balas yang diberikan adalah diperlukan untuk penambahbaikan Garis Panduan Mod Pengajian 2u2i agar dapat diterima pakai oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), pihak industri dan pelajar.