BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN 2u2i SIRI 1

5-7 Oktober 2017 – Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik (BPPA), JPT telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i Siri 1/2016 di Dewan Jamuan Aras 1, KPT. Pada bengkel Siri 1 adalah lebih kepada Pembentangan Pelaksanaan 5 Universiti Rintis daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bacelor Sains Pengurusan Perladangan, […]

BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN 2u2i SIRI 2

22-23 November 2017- Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i telah diadakan di JPT yang melibatkan wakil akademia universiti awam-swasta, wakil KPT, JPP dan juga Bahagian-bahagin di JPT. Bengkel selama dua (2) hari ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai ciri-ciri 2u2i dan juga kandungan bagi pembangunan Garis Panduan 2u2i

BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN 2u2i SIRI 3

25-26 Januari 2017- Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik telah mengadakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan 2u2i Siri 3 dengan memulakan tahun baharu 2017. Bengkel selama dua (2) hari ini memberi penekanan kepada penghasilan deraf Garis Panduan 2u2i. Bengkel yang turut melibatkan pihak industri dan agensi luar banyak memberi input bagi penilaian semasa di Universiti dan Industri.

PELANCARAN PROGRAM SARJANA MUDA PRODUKSI DAN KESIHATAN HAIWAN DENGAN KEPUJIAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

29 Mei 2016- Lima buah universiti awam dipilih bagi merintis program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) yang bakal menawarkan program pengajian pe¬ringkat ijazah sarjana muda bermula pengambilan September ini. Lima universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bagi membolehkan pelajar mengikuti program belajar sambil bekerja dan mereka dikehendaki menempuh pengajian selama dua tahun di universiti dan dua tahun menimba pengalaman dalam industri.