21 Februari 2017-Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan firma Salihin Chartered Accountant bagi menggerakkan program 2u2i untuk pengajian Sarjana Muda Perakaunan (SMP) yang bakal memberi nilai tambah kepada para graduan berkenaan kelak. Melalui hubungan itu, ‘Firma Pengajaran Perakaunan’ (TAF) yang pertama seumpamanya di dunia, ditubuhkan dengan lima kursus diperkenalkan untuk menyokong dan memperkukuhkan program 2u2i, yang melibatkan penempatan graduan di TAF seawal tahun dua sepanjang tempoh pengajian. Program yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh baru-baru ini adalah selaras dengan motto Soaring Upwards yang diperkenalkan oleh KPT. Melalui program 2u2i, para pelajar akan belajar selama dua (2) tahun di universiti dan dua (2) tahun berikutnya di industri.


 
Program yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini adalah selaras dengan motto Soaring Upwards yang diperkenalkan oleh kementerian itu. Melalui program 2u2i, para pelajar akan belajar selama dua (2) tahun di universiti dan dua (2) tahun berikutnya di industri